Keguguran boleh berlaku dalam tempoh 2 hingga 3 bulan semasa kehamilan. Tetapi ada juga keguguran yang berlaku pada bulan 4 keatas tetapi sangat jarang sekali berlaku. Berikut adalah senarai simptom2 dan punca2 keguguran boleh berlaku.
A) Simptom keguguran:
1. Ujian air kencing – salah satu garis samar-samar
Apabila anda membuat ujian air kencing untuk mengesahkan kehamilan walaupun selepas mendapati haid anda tidak datang, hanya 1 garis merah sahaja yang keluar menunjukkan keputusan yang –ve. Ini mungkin kerana kepekatan air kencing anda tidak sama dengan orang yang hamil dan mungkin kandungan tidak menjadi. Orang yang hamil akan menunjukkan kesan +ve walaupun sudah 1 minggu lewat datang period.
2) Perut tidak selesa
Perut anda terasa tidak selesa seperti ingin datang period, sedangkan anda sangka anda sedang hamil. Orang yang hamil tidak akan rasa ketidakselesaan pada awal kehamilan sehingga lah kandungannya mencecah 3 atau 4 bulan bila kandungan semakin membesar.
3) Tiada alahan
Simptom ini adalah sangat subjektif kerana ianya terpulang kepada badan individu masing2. Ada sesetengah ibu yang hamil tapi tidak mengalami alahan langsung. Tapi bagi yang mengalami alahan yang sangat teruk, ini suatu petanda baik bagi kandungan yang sihat berkembang di dalam rahim kita.
4) Tanda- tanda seperti datang haid
Terpulang kepada individu bagaimana tanda yang akan datang jika datang haid. Ada yang tumbuh jerawat di muka, payudara gatal, muka berminyak dan sebagainya. Bagi ibu yang hamil tanda-tanda seperti datang haid ini tidak akan timbul kerana perubahan horman yang sangat ketara menghalang tanda2 ini dari berlaku.
5) Keluar darah yang sangat sakit
Apabila berlaku pendarahan yang sangat banyak dan sangat sakit, 70% kemungkinan anda akan mengalami keguguran. Orang yang hamil tidak sepatutnye keluar darah semasa hamil dan jika ada pun hanya sedikit dan tidak memudaratkan.
B) Punca keguguran
1) Pemakanan Pemakanan yang tidak sihat mempengaruhi pertumbuhan bayi dalam kandungan. Elakkan makanan2 yang tajam seperti nenas, tebu , hati , limpa, minyak ikan dan beberapa lagi makanan semasa awal kehamilan. Banyakkan memakan makanan seperti susu, kekacang, sayuran dan berprotein tinggi.
2) Terlalu aktif Di awal kehamilan, ibu-ibu tidak digalakkan melakukan kerja-kerja yang berat serta melakukan aktiviti lasak. Ini kerana kemungkinan janin di dalam rahim masih belum kukuh dan dalam proses pembentukkan. Juga tidak di galakkan terlalu lasak melakukan sesuatu aktiviti.
3) Berdiri dan berjalan terlalu lama dan jauh. Terlalu lama berdiri atau terlalu jauh berjalan boleh menyebabkan keguguran. Seharusnya anda perlu imbangi aktiviti saperti ini diperingkat awal kehamilan sewaktu keadaan placenta (uri) masih belum betul-betul kukuh didalam rahim.
4) Pakaian yang terlalu sempit. Mungkin kebanyakkan wanita masih selesa memakai jeans atau pakaian ketat walaupun sedar diri sudah hamil. Bayi di dalam rahim tidak akan selesa kerana peredaran darah dari ibu ke janin akan tersekat-sekat akibat pakaian yang ketat.
5) Kasut tumit tinggi. Memang tidak di galakkan sama sekali memakai kasut tumit tinggi kerana saraf2 boleh merosakkan kandungan.
6) Tekanan atau stress. Jika anda tahu anda hamil, elakkan daripada stress kerana boleh mengakibatkan keguguran. Perasaan sedih juga boleh mempengaruhi kandungan yang tidak sihat.
7) Tidak cukup rehat Kepenatan juga boleh menyebabkan keguguran. Rehat secukupnye dan cuba berada dalam keadaan yang tenang bagi melancarkan peredaran darah sewaktu perkembangan awal bayi.
